🎙️ LIPodcast EP1 — Mengapa Bercinta Untuk Bercerai? (bersama Aiman Azlan)

From Langit Ilahi Podcast (LIPodcast) · 01:35:51

Show by Langit Ilahi, Ameen Misran

Mengapa ada pasangan yang bercinta kerana ingin bersama seumur hidup, tetapi akhirnya memilih untuk berpisah?Adakah perceraian hari ini semakin dinormalisasikan, atau sebenarnya kita tidak pernah diajar bagaimana mengurus konflik dengan betul?Dalam episod pertama LIPodcast, Ameen Misran bersama Aiman Azlan membincangkan bagaimana al-Quran membimbing kita membina rumahtangga berasaskan sakinah, mawaddah dan rahmah sebagaimana yang digariskan oleh Allah SWT dalam Surah al-Rum, ayat 21 30:21. Daripada asas inilah, kami menelusuri cabaran sebenar yang dihadapi oleh pasangan pada hari ini.Perbincangan kemudiannya diteruskan dengan kupasan daripada perspektif psikologi melalui konsep-konsep penting yang diperkenalkan oleh Dr. John Gottman seperti Love Map, Autopilot Marriage, dan The Four Horsemen of the Apocalypse — empat corak komunikasi yang boleh menghakis sesebuah perkahwinan jika tidak ditangani dengan bijaksana. Turut dikongsikan ialah langkah-langkah praktikal untuk mengurus konflik dengan lebih matang dan penuh hikmah.Konflik bukan musuh sebuah perkahwinan. Yang lebih penting ialah bagaimana kita memilih untuk menghadapinya.🎧 Tonton sampai habis ye dan kongsikan episod ini kepada insan yang tersayang.👍 Jangan lupa Like, Subscribe dan aktifkan loceng notifikasi untuk mengikuti episod-episod LIPodcast yang akan datang.Mari Menjadi Hamba.#LIPodcast #LangitIlahi #MariMenjadiHamba #AimanAzlan #AmeenMisran #Cinta #Cerai══════════════════════📖 A Man Named Muhammad SAW oleh Khubaib AkhiTerjemahan: Ameen Misranhttps://bit.ly/aman-named-muhammad📖 Soal Jodoh & Taaruf oleh Aiman Azlanhttps://bit.ly/soal-jodoh-taaruf-aimanGunakan kupon AMEENMISRAN untuk dapat 5% offhttps://www.imanshoppe.com/?ref=ameenmisran═════════════════════Timestamps00:00 — Mengapa bercinta untuk bercerai? Normalisasi perceraian & mencari sakinah dalam rumahtangga27:00 — Love Map, kelahiran anak pertama & fenomena Drop the Ball42:00 — Autopilot Marriage & The Four Horsemen of the Apocalypse55:00 — Kritikan *Criticism* & sikap mempertahankan diri *Defensiveness*1:05:00 — Contempt: Membina semula “akaun emosi” dalam perkahwinan1:12:00 — Stonewalling: Self-soothing, ceasefire & mengurus emosi ketika konflik1:21:00 — Adab berpisah: Bagaimana jika perceraian tidak dapat dielakkan?

More episodes of Langit Ilahi Podcast (LIPodcast)

More episodes

PodSearch is a free, independent podcast search engine. Read about PodSearch, the privacy policy or contact us.